Mangsa yang merupakan penumpang belakang kenderaan jenis Perodua Axia, Nik Aqillah Nik Mazlan, 28, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.50 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Machang dan menjadikan jumlah korban meningkat kepada dua orang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 malam itu, seorang mangsa yang merupakan penumpang kenderaan jenis Suzuki Vitara, Mohd Zaki Mustafa,57, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala, lima lagi mangsa mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Machang. - UTUSAN ONLINE