Mayat Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, ditemukan di lokasi berhampiran kira-kira pukul 10 malam.

Dua lagi mangsa iaitu Muhammad Alis M Sadri, 15 dan Muhamad Syafiq Rosli, 15 masih belum ditemukan.

Difahamkan, mereka pergi ke sungai itu bersama seorang lagi rakan untuk mandi dan menjala sebelum kejadian berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 6.52 petang.

Katanya, seramai 30 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

"Mayat salah seorang kanak-kanak sudah ditemukan dan kerja mencari dua rakannya masih diteruskan," katanya. - UTUSAN ONLINE