Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, mangsa, Mohd. Nor Irfan Norajamin, 7, bermain bersama rakan-rakan di tepi sungai berkenaan sebelum terjatuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.25 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian bersama 13 anggota.

“Sejurus tiba, pasukan bomba melancarkan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang sungai dan permukaan air.

“Bagaimanapun mangsa gagal ditemukan dan operasi ditangguhkan pada pukul 7.09 petang serta akan bersambung pada awal pagi esok,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE