Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.01 petang.

“Setiba di lokasi pada pukul 5.16 petang didapati maklumat empat kanak-kanak perempuan dihanyutkan arus deras. Seorang mangsa ditemukan oleh anggota bomba sementara tiga lagi masih hilang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kerja-kerja menyelamat giat dilakukan.

Difahamkan kejadian dipercayai berlaku akibat kepala air di kawasan itu ekoran hujan lebat. - UTUSAN ONLINE