Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Semua pusat tahfiz digesa turuti piawaian - Zahid

Semua pusat tahfiz digesa turuti piawaian - Zahid
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat dan berjumpa dengan ahli keluarga yang hadir untuk proses pengecaman jenazah pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini. - UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Semua pusat tahfiz di negara ini digesa menurut piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi memastikan tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gesaan ini bukan bererti kerajaan cuba campur tangan dalam pengurusan pusat-pusat tahfiz dan hal ehwal agama Islam, sebaliknya melihat dari sudut keselamatan.

Malah, katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menyediakan latihan kebakaran untuk pusat-pusat tahfiz serta mewujudkan pasukan bomba sukarelawan di pusat masing-masing.

“Saya ingin ulangi bahawa kita ada Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dan ini harus diikuti walaupun sementara (sedang dirangka). Ciri-ciri keselamatan yang digunapakai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat mesti diikuti,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke lokasi kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujong, Datuk Keramat di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain