Penduduk kampung itu dipindahkan ke pusat tersebut sejak malam kelmarin berikutan kediaman mereka dinaiki air sehingga 1.5 meter ekoran hujan lebat berterusan pada Rabu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah yang juga Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd. Noor berkata, penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing setelah banjir surut sepenuhnya.

"Tinjauan agensi di bawah JPBD Kuala Selangor di kampung terbabit mendapati banjir telah surut sepenuhnya. Ini membolehkan mangsa melakukan kerja-kerja membersihkan kediaman masing-masing," katanya.

Tambah Shamsul Shahril, pihaknya bersama agensi terlibat akan terus memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga jika berlaku banjir semula di kampung tersebut berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.