Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang yang menempatkan 77 mangsa daripada 19 keluarga menjadi pusat pemindahan sementara terakhir ditutup pada pukul 3 petang ini.

"Semua mangsa dibenarkan pulang setelah kawasan kawasan rumah mereka didapati selamat," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE