Hampir dua minggu selepas bencana yang mengakibatkan lebih 150,000 orang terkorban dan sejuta lagi hilang tempat tinggal, kuasa-kuasa antarabangsa yang bersidang di ibu negara Kanada ini diberitahu tempoh sekurang-kurangnya sedekad diperlukan untuk membangunkan semula negara Caribbean itu.

Bellerive yang turut berada di Montreal berkata, dunia perlu mengatur strategi jangka panjang bagi membangunkan semula negara termiskin di benua Amerika itu, selepas memenuhi keperluan terdekat untuk bekalan makanan, air, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan.

"Saya hanya mahu mengatakan rakyat Haiti akan perlu dibantu untuk menghadapi usaha pembangunan semula yang amat besar ini," kata beliau kepada para pegawai dunia termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton. - AFP