AYUB RAHMAT
AYUB RAHMAT

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sebuah PPS lagi dibuka akibat banjir kilat pada pukul 8 malam semalam bagi menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Parit Hassan. 


Katanya, setakat pukul 8 pagi ini, enam PPS di Mersing masih lagi dibuka di Balairaya Taman Nakhoda, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan, SK Tenglu, Balai Raya Serbaguna Kampung Benaung, PPK Endau, Sekolah Agama Pengkalan Batu dan Balai Raya Kampung Air Merah yang menempatkan 380 mangsa melibqtkan 105 keluarga. 


“Sebuah PPS di Mersing, iaitu di Balai Raya Taman Nakhoda sudah ditutup pukul 12 tengah hari semalam. Kesemua tujuh mangsa daripada tiga keluarga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


“Sementara itu, dua PPS di Kota Tinggi, iaitu di Surau Sungai Buntu dan SK Telok Ramunia ditutup semalam dan kesemua mangsa banjir di daerah itu sudah pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.


Katanya, pemantauan banjir dilakukan berterusan melibatkan pelbagai agensi, antaranya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran. - UTUSAN ONLINE