Difahamkan, satu lorong lebuhraya MEX di sebelah kiri terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pemadaman dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.57 pagi dan ketika tiba di lokasi mendapati terdapat sebuah bas sedang terbakar.

“Seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang diarahkan ke lokasi untuk kerja-kerja memadam dan menyelamatkan mangsa.

“Kebakaran berjaya dipadam dan bas itu musnah 100 peratus dan tiada penumpang yang dilaporkan cedera,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap memberitahu, akibat kebakaran yang berlaku bas penumpang itu kini musnah teruk. – UTUSAN ONLINE