Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zamzuri Mohamad berkata, berikutan hujan lebat, air naik hingga menghalang laluan untuk dilalui kenderaan.

“Unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) membuat kawalan lalu lintas di tempat kejadian yang masih hujan.

“Selain itu, pihak kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo sedang mengambil tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE