Mayat Tan Soon Heng, 35, ditemukan pihak berkuasa Indonesia pukul 1.20 petang ini.

Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa, Chang Chong Kuok, 51, ditemukan pasukan keselamatan republik itu pukul 1.30 petang semalam.

Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Bhayangkara  Polda, Batam di Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

Pukul 4.20 petang Ahad lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengaktifkan operasi SAR selepas menerima laporan daripada Abu Bakar Maritim Base (ABMB) yang memaklumkan melihat sebuah bot karam bersama-sama dua mangsa yang sedang berpaut pada bot terbabit di lokasi kira-kira 0.5 batu nautika dari ABMB.

Bagaimanapun, ketika bot peronda Maritim Malaysia tiba di lokasi itu, bot terbabit didapati karam sepenuhnya dan dua mangsa yang berpaut pada bot juga gagal ditemukan. - UTUSAN ONLINE