Dalam satu kenyataan hari ini, Sarawak Hidro berkata, pelepasan itu dicadang berikutan Jabatan Meteorologi Sarawak meramalkan hujan akan berterusan hingga ke tempoh tertentu.

"Pelepasan mengikut prosedur lazim syarikat itu dijangka dilakukan pada 9 pagi esok (sekiranya paras air cecah 228 meter).

"Bagaimanapun, syarikat akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan mengenai pelepasan itu," katanya.

Menurut kenyataan itu, satu pelepasan juga telah dilakukan Selasa lalu dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak serta agensi-agensi kerajaan di negeri itu.

Sarawak Hidro juga menjelaskan bahawa kenyataan rasmi mengenai pelepasan itu adalah untuk hebahan awam sahaja dan bukannya suatu notis atau pengumuman kecemasan. - BERNAMA