Ketua Pengrah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, kawasan carian itu dibahagikan kepada empat sektor mengikut agensi-agensi terlibat.


Beliau berkata, Maritim Malaysia telah menggerakkan kapal KM Mulia, KM Marudu serta bot Petir 12 dan Panggalang 39 dari Wilayah Maritim Selatan.


“Empat sektor ini masing-masing seluas 25 batu nautika persegi. 


“Sektor A melibatkan KM Mulia dan KM Marudu; Sektor B melibatkan KD Handalan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Sektor C melibatkan bot Petir 12 dan Panggalang 39 serta Sektor D melbatkan aset polis marin iaitu PSC 29 dan RH58,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


USS John S McCain dilaporkan berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia pagi tadi sehingga menyebabkan 10 anak kapal kapal pemusnah itu jatuh ke dalam laut.


Kapal USS John S McCain dilaporkan telah tiba di Sembawang, Singapura. - UTUSAN ONLINE