Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.20 petang itu, Saleem atau nama sebenar­nya, A.M Salim Abdul Majeed dan pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami kece­deraan datang dari arah Kajang menghala ke Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Az­man Shari’at berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan disyaki berlaku apabila Saleem yang menunggang motosikal dari arah Kajang tidak menggunakan susur masuk ke lorong motosikal di Plaza Tol Batu 11.

“Dia kemudian telah melanggar bahagian sisi kiri sebuah kereta yang ketika itu membelok ke kiri untuk masuk ke susur pejabat Grand Saga.

“Akibat perlanggaran tersebut, Saleem mengalami kecederaan di bahagian tulang rusuk,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, kes ter­sebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengang­kutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, isteri Sa­leem, Julia Bachok ketika dihubungi memberitahu, pe­nyanyi tersebut telah dikeluarkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad biasa di Hospital Kajang.

“Setahu saya, dia semakin stabil dan dimasukkan ke wad biasa,” ujarnya.