Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, penurunan itu didorong oleh kesedaran masyarakat terhadap keselamatan selain pemantauan pasukan polis di 30 lokasi panas di seluruh negeri.

Menurutnya, daripada 10 kes, kemalangan maut melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal masih mencatatkan angka tertinggi iaitu empat kes.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri menunjukkan penurunan positif sebanyak 10 kes melibatkan kemalangan maut.

“Bagi kemalangan parah pula menunjukkan penurunan 44 peratus iaitu sembilan kes berbanding 16 kes tahun lalu. Penurunan positif ini didorong oleh kesedaran masyarakat serta penguatkuasaan pasukan polis,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abd. Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra.

Bagaimanapun, Ramli menambah, jumlah saman yang dikeluarkan pihaknya sepanjang Op Selamat yang berakhir semalam itu meningkat 15 peratus kepada 13,121 saman berbanding 11,453 saman tahun lalu. - UTUSAN ONLINE