Dalam kejadian pukul 7.15 malam itu, enam daripada mereka berada di rumah berkenaan terselamat namun tidak sempat membawa keluar barangan mereka ekoran api marak dengan cepat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussien Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai kira-kira pukul 7.26 malam sebelum tiba ke lokasi beberapa minit kemudian.

“Operasi memadamkan kebakaran ini turut melibatkan beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan pasukan sukarela bomba dengan kawalan pihak polis.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran bermula dari dapur rumah berkenaan mengakibatkan rumah tersebut musnah 70 peratus,” katanya sambil memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - UTUSAN ONLINE