Dalam kejadian kira-kira pukul 1.13 tengah hari itu, mangsa wanita ditemukan di atas katil sebuah bilik manakala mangsa lelaki ditemukan dalam bilik air.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kebakaran membabitkan sebuah rumah teres setingkat berkeluasan 74.31 meter persegi.

“Kita mendapat maklumat terdapat dua mangsa berada dalam rumah tersebut dan sepasukan bomba dai Balai Bomba dan Penyelamat KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE