Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, seramai 11 orang yang mendiami rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.52 pagi.

Katanya, sejurus menerima laporan insiden, sepasukan 10 anggota bomba bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja-kerja pemadaman api.

“Sebaik sahaja tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar rumah teres setingkat milik keluarga berkenaan.

“Bagaimanapun, kesemua mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri dengan tiga orang mempunyai penyakit asma menerima rawatan awal daripada Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (EMRS) ,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ling Hii memberitahu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.37 pagi. - UTUSAN ONLINE