Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di-Hata Gobel berkata, bomba menerima panggilan memaklumkan tentang kebakaran itu pukul 3.04 pagi ini dan tiba ke lokasi pukul 3.20 pagi.

"Empat penghuni tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.

Di-Hata berkata, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.14 pagi dan punca kebakaran masih disiasat. - BERNAMA