Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.03 petang.

“Sebanyak 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang mengambil masa antara satu jam setengah hingga dua jam dari Bintulu.

“Setakat ini, kami dimaklumkan bahawa kebakaran melibatkan dua blok rumah panjang berkenaan yang setiap satu blok dihuni 15 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Mohamad, pihaknya masih belum dapat memastikan sekiranya ada sebarang kemalangan jiwa dalam insiden tersebut dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. - UTUSAN ONLINE