Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 12.04 tengah malam.

"Sebanyak 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang serta Pandan, di sini telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran disyaki bermula di bahagian dapur,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penghuni tiada di rumah ketika kejadian berlaku. - UTUSAN ONLINE