Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu melibatkan rumah kongsi dan kabin pekerja untuk kilang batu serta stor mesin pada pukul 12.40 tengah malam.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati api sedang marah di kabin dan rumah kongsi dengan keluasan 3.7 meter panjang dan 5.6 meter lebar persegi itu.

“Anggota bertugas kemudian memadam api dan tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE