Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Mohd. Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.54 pagi dan sebanyak 20 anggota dari BBP Sentul, BBP Sri Hartamas dan BBP Taman Tun Dr. Ismail dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati sebuah rumah banglo satu tingkat itu telah terbakar 70 peratus dan anggota terus melakukan operasi memadam kebakaran.


“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.12 pagi. Hasil siasatan awal mendapati rumah tersebut kosong dan terdapat tiga buah kereta milik pemilik kediaman itu diparkir di sana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Menurut Mohd. Hafizan, pasukan forensik sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.


Tambahnya, jumlah kerugian masih dalam siasatan.- UTUSAN ONLINE