Roslan berkata, beliau diarahkan oleh Ahli Parlimen kawasan itu Datuk Seri Reezal Merican Nainan Merican untuk segera membantu dan meninjau kerosakan yang di alami markas itu yang turut dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Nurul Iman.

“Kita tolak ke tepi perbezaan fahaman politik tapi yang utama adalah tempat belajar kanak-kanak di sini yang rosak teruk akibat ribut lewat petang semalam.

“Datuk Seri Reezal pun mahu saya segera bantu pusat ini bagi mengelakkan pembelajaran mereka terganggu sekiranya perlu berpindah ke lokasi lain,” katanya kepada pemberita selepas beryemu Yang Dipertua Pas Kepala Batas Bukhori Ghazali di sini hari ini.

Selain Pasti itu, sebanyak 20 buah rumah turut terjejas akibat ribut yang bermula pukul 6.45 petang itu.- UTUSAN ONLINE