Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai, Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 6.14 petang dan tiba di kejadian kir-kira pukul 6.30 petang.

Ribut

"Setiba di tempat kejadian kita dapati ada berlaku pokok tumbang yang menghempap kira-kira 15 buah kenderaan di jalan itu.
Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang maklumat ada mangsa yang terperangkap dalam kenderaan terbabit.

"Kita difahamkan kejadian berlaku hujan ribut berlaku kira-kira pukul 5.30 petang tadi dan kini di lokasi terdapat beberapa anggota dan pegawai bomba menjalankan tugas," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Ribut

Difahamkan kejadian hujan ribut yang kuat berlaku pada petang tadi turut mendatangkan kerosakan harta benda pada rumah penduduk, premis perniagaan, klinik kesihatan termasuk Hospital Kulai yang dipercayai mengalami kerosakan pada bumbung.

Dalam laman sosial tular gambar keadaan kerosakan yang disebabkan bencana alam tersebut yang turut mendapat perhatian netizen. UTUSAN ONLINE