Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin ketika dihubungi memberitahu, kebanyakannya melibatkan bumbung bangunan terkopak, diterbangkan angin.

“Jumlah sekolah yang terjejas belum dapat disahkan dan begitu juga dengan nilai kerugian. Kita akan meminta Jabatan Kerja Raya untuk membuat anggaran.

“Pegawai Pendidikan Daerah dan pihak sekolah diminta mengemaskini laporan kerosakan dan membuat laporan polis bagi membolehkan permohonan kecemasan diajukan kepada Kementerian Pendidikan,” ujarnya.

Beliau turut meminta pihak pentadbiran sekolah memastikan keselamatan murid dengan menanda pita keselamatan di kawasan premis yang terjejas. - UTUSAN ONLINE