Dalam kejadian ribut pada pukul 7.30 malam itu, sebuah khemah jenis jenis Halfmoon berkeluasan 24 meter panjang x 60 meter lebar yang didirikan di tapak bazar yang dibuka sempena muktamar tersebut runtuh akibat angin kencang selama kira-kira lima minit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja di sini, Mohd. Firdaus Isa memberitahu, 
13 mangsa terdiri tujuh lelaki dan enam perempuan kini ditempatkan di unit kecemasan hospital berkenaan termasuk seorang mangsa di zon merah kerana tidak sedarkan diri.

Katanya, enam lagi mangsa mengalami cedera ringan dan dirawat di lokasi kejadian.
 
"Bomba menerima panggilan mengenai kejadian ribut itu pada pukul 7.43 malam dan seramai 12 pegawai dan anggota bomba berkejar ke tempat kejadian bersama sebuah jentara serta sebuah van kecemasan untuk membantu menyelamat mangs," katanya di sini hari ini.

Selain itu, menurutnya, sebuah jentera pasukan bomba dan penyelamat sukarela dari Simpang Empat di sini turut dikejarkan di tapak muktamar itu.

"Seramai 3,000 orang berada di kawasan sekitar Kompleks Pas Kedah itu semasa kejadian berlaku," katanya.

Sementara itu, sumber Badan Amal Pas memberitahu, kebanyakan mangsa yang cedera itu sedang berada di dalam khemah tersebut semasa kejadian.

"Kawasan khemah tersebut ditutup untuk kerja-kerja pembersihan," katanya.

Seorang netizen, @OrenjiRenOren berkongsi beberapa gambar dari lokasi kejadian.

- UTUSAN ONLINE