Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi semalam.

“Ketika kejadian, lelaki berusia 40 tahun dan bekerja sebagai pengurus baru pulang bekerja dan singgah ke restoran tersebut untuk membeli sarapan.

“Ketika hendak beredar dari restoran itu, dia tersalah masuk gear menyebabkan kenderaan jenis Mercedes dipandunya bergerak ke hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Azman, rempuhan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu, cermin dan dinding restoran terbabit.

Jelasnya, ujian alkohol pada pemandu tersebut juga dilaporkan negatif.

“Pengurus restoran telah membuat laporan polis dan kita telah mengeluarkan saman di bawah Rule 10 LN 166/59 kepada pemandu,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE