Dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam itu, mangsa dikenali sebagai Raja Nursuhaida, 17, menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo sebelum dilanggar sebuah kereta Mercedes Benz.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.20 tengah malam sebelum sepasukan anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang tiba dilokasi kejadian beberapa minit kemudian.

“Kita mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dibawah kenderaan tersebut. Kes itu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Difahamkan pemandu kereta terbabit telah memberikan keterangan kepada polis sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya di sini hari ini - UTUSAN ONLINE