Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, remaja tersebut kini dalam keadaan koma sedang dirawat di Hospital Tanah Merah.

"Kita sedang menunggu saksi kejadian itu membuat laporan polis," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Aidilfitri Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di sini Jumaat malam.

Sejak  semalam, beberapa gambar  kemalangan merujuk kepada remaja itu tukar di laman sosial dengan menunjukkan mangsa parah dengan sebelah kakinya terputus hingga paras paha.

Laporan yang tular itu menyebut bahawa  kejadian  itu  berlaku pada 4 petang  apabila  remaja berkenaan dikatakan melanggar penghadang besi ketika bermain basikal lajak di tepi jalan di Tanah Merah.

Menurut laporan itu lagi remaja  terbabit kemudiannya dihantar  ke hospital  dalam keadaan parah oleh penduduk berdekatan menggunakan pacuan empat roda.-BERNAMA