Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, Muhammad Rais Zainuddin, 19, dari Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang, di sini yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut sumber polis, kemalangan itu dipercayai berlaku semasa mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Jasin menghala ke Semabok gagal mengawal motosikal jenis Yamaha 125ZR sebelum melanggar belakang kereta jenis Honda Civic itu.

“Ekoran pelanggaran itu, penunggang motosikal parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta yang juga seorang guru lelaki berumur 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata sumber itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.