Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, mangsa, Mohammad Hafiz Syafie Boestanuddin menunggang motosikal seorang diri dari arah Penaga ke Bagan.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian , mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal menyebabkan terbabas.

“Pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan ini.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian manakala mayat di bawa ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE