Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa, Amirul Hakimie Sabri ,18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kejadian berlaku apabila motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dari arah Perol menghala ke Pasir Hor hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan di sebelah kiri jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan. Mangsa yang tinggal di Kampung Serdang Surau, Melor parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Katanya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE