Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Norzamri Abdul Rahman berkata, kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Amar Muhamed Razali,18, dalam perjalanan dari arah Jengka ke Jerantut.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal dinaiki Muhammad Amar  dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal lain menyebabkan mangsa gagal mengawal kenderaan itu yang masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta.

"Kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z   mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. - UTUSAN ONLINE