Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Wan Arsyad Rafiuddin Wan Azeze,13, bersama empat lagi individu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.


“Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa melanggar lopak air sebelum gagal dikawal lalu berpusing dan melanggar besi penghadang jalan.


“Akibat kejadian itu, mangsa yang berada di tempat duduk belakang meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang lain mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama. - UTUSAN ONLINE