Dalam kejadian 11.25 malam, mangsa, Haikal Haikal Hanafi Ayob, 17, ditemui tidak bernyawa terbaring dibawah timbunan batu bata oleh bapanya, Ayob Ab. Karim, 55.


Ayob berkata, dia menyedari anak bongsunya dari enam beradik itu tidak pulang selepas menghadiri kelas tambahan subjek Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi di sini.


“Dia pergi kelas tambahan pada pukul 8 pagi dan kebiasaannya pulang pukul 10.30 pagi. Ketika kejadian, saya dan isteri keluar beraya di rumah kawan-kawan.


“Sehingga pukul 10 malam saya terus mencari dan cuba menghubungi kawan-kawan sebelum menyedari tembok pagar berdekatan rumah saya roboh dan menemui jasad anak sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE