Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Remaja maut digilis treler

maut kemalangan
KEADAAN mayat Alfiq Syabana Putra yang maut selepas digilis treler di Batu 9, Jalan Klang-Teluk Intan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

TANJONG KARANG 11 Sept. - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut selepas digilis sebuah treler dalam satu kemalangan di Batu 9, Jalan Klang-Teluk Intan di sini hari ini.

Mangsa, Alfiq Syabana Putra Abd. Rahman, mati dalam keadaan mengerikan apabila seluruh anggota badan dan kepala terperosok di bawah tayar treler berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.02 petang.

"Sejurus itu, sepasukan sembilan pegawai dan anggota dengan sebuah jentera diketuai Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba II Zuraini Mohamed Rawian dikejar ke tempat kejadian," katanya.

Menurut Azmi, sebaik tiba di lokasi, mangsa yang berada di bawah treler telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Pasukan bomba kemudiannya membuat kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa dari bawah treler itu sebelum diserahkan kepada pihak polis," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain