Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa, Muhammad Shahniq Abdul Latiff, 16, dikatakan tenggelam dan tidak timbul ketika mandi bersama rakan-rakannya di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Nor Azmi Isa berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dikatakan mandi bersama tiga lagi rakannya sebelum kejadian itu berlaku.

“Mengikut keterangan diperolehi, mangsa secara tiba-tiba tenggelam dalam parit berkenaan dan tidak timbulkan diri.

“Bagaimanapun, usaha mencari mangsa oleh sepasukan anggota bomba, polis dan orang ramai berjaya menemukan mayat mangsa di bawah rimbunan rumput kangkung kira-kira pukul 6.30 petang berhampuran lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambah Nor Azmi, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam manakala punca kematian mangsa disahkan akibat lemas. - UTUSAN ONLINE.