MUHAMMAD SYAFIQ
MUHAMMAD SYAFIQ

Mayat Muhammad Syafiq Ismail,18, ditemukan terdampar di dasar sungai oleh penduduk kampung yang bersama gerakan mencari mangsa tidak lama kemudian.

Mangsa yang berasal dari kampung Nibong Kuala Terengganu dikatakan terjun ke dalam sungai dari kawasan batu tinggi sebelum dilihat terkapai - kapai akibat dihanyutkan oleh arus dan cubaan salah seorang rakan untuk menyelamatkannya gagal.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin  Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan. - UTUSAN ONLINE