Mayat mangsa, Wan Muhamad Izzad Wan Razali, 19, ditemukan pada pukul 2.10 petang oleh sepasukan anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi mangsa  dilaporkan hilang.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Hariri Kamaruddin berkata, enam anggota  ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 1 petang.

"Mayat mangsa timbul tidak berapa lama kemudian dan anggota bomba telah mengambil mayat mangsa keluar dari kawasan perkelahan. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. -  UTUSAN ONLINE