Dalam nahas pada pukul 4.40 pagi itu, mangsa, Ng Yik Soon yang beralamat di Taman Daya, Bidor cedera parah dan meninggal dunia semasa di rawat di Unit Kecemasan Hospital Tapah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Exora yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke kiri sebelum melanggar penghadang besi di kiri lebuh raya.

Katanya, pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak keluar ke lorong kiri jalan manakala kereta yang dipandunya pula terbakar.

“Remaja terbabit yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia di Unit Kecemasan hospital berkenaan.

“Ketika kejadian hanya mangsa sahaja berada dalam kenderaan tersebut. Mayat mangsa akan dibedah siasat pada pukul 10 pagi ini bagi mengesahkan punca kematian,” katanya. - UTUSAN ONLINE