Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku di kilometer 71, Jalan alan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan Kampung Gumut Tambahan Kalumpang.

Tambahnya, mangsa, Nazrin Sanizal Zainal Abidin yang mengalami cedera parah di bahagian dalaman badan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor.

“Kemalangan berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125z dan difahamkan menghala ke arah Ipoh dari ibu kota.

“Pemandu kereta jenis Audi Q5 berusia 18 tahun dari arah Ipoh tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas Bak Phai, kereta mangsa hanya mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kanan sementara motosikal pula juga rosak dibahagian depan dan kanan.

“Laporan polis juga sudah dibuat bapa mangsa dan pemandu kereta kira-kira pukul 3.30 pagi tadi,” ujarnya.

Katanya, kes siasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- UTUSAN ONLINE