Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, Wan Muhammad Mukhris Wan Marizan, 16, mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa yang menetap di Selangor datang bercuti di negeri ini dan menginap di hotel tersebut bersama enam ahli keluarga lain.

“Keluarga tersebut dijangka mendaftar keluar hotel apartmen hari ini, bagaimanapun tengah malam tadi mangsa terjatuh dari tingkap bilik di tingkat 16 hotel berkenaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE