Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 7.13 petang melibatkan seorang remaja berusia 15 tahun.

"Anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat menemukan mangsa pada pukul 7.40 malam kira-kira 20 meter dari tempat dia dilaporkan dihanyutkan arus.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya. - UTUSAN ONLINE