Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa, Mohd. Afiq Aizat Mohd. Noor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang mendapat panggilan kecemasan tiba di lokasi pada pukul 4.57 petang dan mayat mangsa ditemukan pukul 5.15 petang.

Katanya, mangsa pergi ke sungai tersebut bersama bapanya untuk memancing ikan sebelum dipercayai tergelincir ke dalam sungai.

“Mayat mangsa ditemukan di dasar sungai sedalam lebih dua meter dan kira-kira 15 meter dari lokasinya terjatuh,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk dibedah siasat.

Ujarnya, operasi disertai pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Senawang dan Port Dickson. - UTUSAN ONLINE