Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Muhamad Yassir Adnan berkata, enam anggota termasuk pegawai ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.32 petang.

Menurutnya, ketika bomba tiba di tempat kejadian, remaja berkenaan, Mohamad Rizuan Mohamad Yazid dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya,, rakan mangsa bersama orang kampung berusaha untuk menyelamatkan remaja itu.

“ Unit Kecemasan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan (EMRS) membuat bantuan pernafasan kecemasan ke atas mangsa.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya namun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit yang pergi memancing bersama rakannya dikatakan telah turun ke dalam lombong untuk mengambil jorannya yang tersangkut sebelum lemas. - UTUSAN ONLINE