Mayat Gary Tan Kheung Yi, 14, ditemukan oleh anggota bomba dan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada pukul 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Datuk Ayob berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 4.50 petang semalam berhubung kejadian seorang remaja dikhuatiri hilang di empangan tersebut.

Berikutan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan.

“Anggota bomba dan penyelamat menemukan mayat mangsa di kawasan empangan sedalam 5.49 meter.

“Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE