MOHAMMAD RAHIM
MOHAMMAD RAHIM

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, Mohammad Rahim Salleh Ahmad,17, awalnya dikatakan cuba menggapai dua rakannya yang mulai hanyut ketika mereka asyik bermain bola.

Remaja etnik Rohingya yang belajar di Madrasah Hidayah Rohinya, Kuala Berang itu turut hanyut, namun dua rakannya sempat diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan berada berhampiran.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Malaysia melakukan pencarian dengan menyusuri sungai sedalam lima meter itu.

Beliau berkata, operasi menyelamat terpaksa dihentikan pada pukul 7 petang berikutan hari semakin gelap dan operasi akan disambung pagi ini. - UTUSAN ONLINE