Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mayat Siti Nordaiana Abd. Malek, 17, ditemukan kira-kira pukul 11.15 pagi ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.

“Mayat mangsa yang ditemukan tersepit di celah batu dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE